Tiada rundingan antara SAPP dengan BN untuk hadapi PRN Sabah – Yong

Covid-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, 90 Kes Baru Di Sabah

CYBERJAYA: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam kenyataan media harian, Noor Hisham...

PBS Rakan Kongsi PN, Tapi Bukan Ahli

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) namun, tidak akan menjadi salah satu anggota dalam...

Liverpool Miliki Thiago

DENGAN harga RM144.88 juta (27 juta pound), Liverpool bersetuju mendapatkan Thiago Alcantara dari Bayern Munich. Pengurusan Liverpool sebelum ini tidak bersetuju dengan harga awal yang...

Jurulatih Kelantan United Mahu Pastikan Ke Piala Malaysia

KOTA BHARU: Misi memastikan Kelantan United layak ke Piala Malaysia musim ini menjadi sasaran utama jurulatih baharu, Nazrulerwan Makmor. Bermula semalam, Nazrulerwan ditugaskan membimbing Kelantan...

Gagasan Rakyat Sabah Menang, PRU15 Segera – PM

KOTA BELUD - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi keyakinan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menakluk Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...
KOTA KINABALU, 24 Ogos  — Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari ini berkata, setakat ini tiada perundingan antara SAPP dengan Barisan Nasional (BN), bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pada Sept depan.

Yong berkata, yang ada cuma pertemuan tidak formal beliau dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Sabah Datuk Hajiji Noor baru-baru ini.

“Pertemuan itu turut diadakan bersama Datuk Dr Jeffrey Kitingan Presiden STAR (Parti Solidariti Tanah Airku),” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp, di sini malam ini.

Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu tidak menjelaskan tujuan pertemuan berkenaan.

Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN dengan beberapa parti lain di Sabah, sedang berunding mengenai agihan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu untuk menghadapi PRN Sabah.

Ia termasuk Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), STAR, Parti Bersatu Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

PRN Sabah akan diadakan pada 26 Sept depan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan, pada 30 Julai lalu.

Terdahulu Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah juga menyatakan tidak berhasrat untuk bekerjasama dengan BN, dalam menghadapi PRN Sabah, bulan depan.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Gagasan Rakyat Sabah Menang, PRU15 Segera – PM

KOTA BELUD - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi keyakinan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menakluk Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Tidak Semestinya Saya Calon Ketua Menteri, Kata Bung Moktar

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi bayangan tidak semestinya beliau akan menjadi Ketua Menteri Sabah jika parti...

Bung Harap Musa Turun Kempen Menangkan BN, UMNO

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap mentornya, Tan Sri Musa Aman untuk turut membantu kempen BN dan...