Dedahkan Senarai Penerima Projek Rundingan Terus Kata Tun M

- Advertisement -

Cyberjaya – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk mendedahkan senarai penuh 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Kalau nak memastikan konsep telus diamalkan, umumkan sahaja nama penerima-penerima projek tersebut walaupun siapa pun mereka.

“Siarkan nama-nama mereka yang mendapat projek runding terus ni, tapi malangnya Menteri Kewangan tidak menyenaraikan secara terperinci,” katanya.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Tengku Zafrul di Dewan Rakyat semalam bahawa 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh Kementerian Kewangan ketika pentadbiran Pakatan Harapan.

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini menyebut tiada lagi rundingan terus pada tahun 2018 dan akan menggunakan Kerjasama Awam Swasta (Public-Private Partnership (PPP) yang sebenar.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat