KUALA LUMPUR – Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan Mesyuarat bagi membincangkan kes ketidakhadiran Selangor FC ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.
Menurut MFL, selepas mengambil pertimbangan pada setiap faktor kes itu.
“Ahli Lembaga Pengarah yang menghadiri mesyuarat itu sebulat suara membuat keputusan berikut iaitu denda sebanyak RM100,000.
“Wang denda ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.
“Selain itu, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL,” katanya.
Dalam pada itu, MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.
“Bukan cuma itu Selangor FC juga berdepan pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025.
“Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.
“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” kata MFL.