Kesilapan Manusia Didakwa Punca Pesawat Pakistan Terhempas

- Advertisement -

ISLAMABAD: Kesilapan manusia dikenalpasti menjadi punca utama terhempasnya pesawat Airbus A320 Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) di Karachi pada 22 Mei lepas, menurut laporan awal siasatan nahas.

Kejadian yang mengorbankan 98 orang krew dan penumpang pesawat, termasuk seorang bayi di darat itu, dikatakan berpunca dari kesilapan juruterbang dan pengawal udara yang bertugas pada waktu kejadian.

29 buah rumah turut musnah dalam kejadian tersebut.

Juruterbang disalahkan kerana gagal mematuhi nasihat pengawal trafik udara manakala pengawal trafik udara gagal memaklumkan juruterbang mengenai kerosakan enjin yang berlaku semasa cubaan mendarat kali pertama yang gagal.

Pesawat itu terhempas ketika cuba mendarat kali kedua berikutan salah sebuah enjinnya telah rosak akibat bergeser di darat semasa cuba mendarat kali pertama.

Persatuan juruterbang Pakistan bagaimanapun bmenolak laporan awal tersebut berikutan kesemua ahli lembaga penyiasat nahas, tidak mempunyai pengalaman sebagai juruterbang pesawat Airbus A320 – AlJazeera

Olahan dan terjemahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat