Perkim Datuk Keramat Infaq Kereta, Motor Terpakai Untuk Mualaf

- Advertisement -

Sungai Buluh – Demi memastikan nasib dan kebajikan golongan mualaf terbela, Perkim Datuk Keramat melalui sumbangan orang ramai berjaya mengumpalkan dana bagi mengingaqkan kereta dan motor terpakai.

Pengerusinya, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata program itu digerakan untuk membeli kenderaan bagi memudahkan urusan harian kumpulan mualaf yang bernaung dibawahnya menghadiri kelas bimbingan yang diadakan.

“Ia merupakan sumbangan orang ramai melalui kempen yang kami lakukan sebelum ini. Alhamdulillah hasil dari sumbangan itu kami berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk membeli sebuah kereta dan 2 buah motor terpakai untuk di infaqkan kepada mereka yang memerlukan.

“Kenderaan tersebut akan digunakan untuk membolehkan mereka menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang diadakan serta memudahkan mereka menguruskan kehidupan seharian,” katanya.

Terdahulu Perkim Datuk Keramat menyerahkan kenderaan tersebut kepada Pengerusi Persatuan Bantu Insan, Haji Bahaman Abas di dalam satu majlis yang diadakan di sini baru-baru ini.

Selain Komposer dan Penyanyi Daqmi, majlis yang diadakan itu turut dihadiri ahli kariah Masjid Jamek Sungai Plong dan penduduk kampung.

Sementara itu Haji Bahaman ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berharap masyakat di negara ini akan terus prihatin dan cakna dengan aktiviti dan program dakwah yang dilaksanakan.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang bukan berasaskan kepada keuntungan kami amat mengharapkan penglibatan dan sumbangan orang ramai dalam memastikan program dan aktiviti dakwah dapat terus diadakan.

“Melalui program kebajikan yang dianjurkan seperti ini saya yakin nilai dan syiar Islam itu akan dapat terus dikembangkan khususnya di kawasan ceruk dan pendalaman kampung sekaligus menarik minat lebih ramai individu untuk memahami konsep rahmatan lil alamin,” katanya pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat