5 PATI Indonesia cuba selinap masuk secara haram diberkas

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

LUNDU – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI – AD) memberkas 5 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba merentasi dan menyelinap sempadan negara secara haram pada Rabu.

Menurut kenyataan Markas 1 Divisyen (MK 1 Divisyen), pada jam 10.30 pagi sepasukan anggota TDM dan TNI – AD sedang melaksanakan penugasan rondaan di Sektor Pos Gabma Biawak berdekatan lorong tikus iaitu hanya 118 meter dari sempadan Indonesia.

Menurutnya, anggota tentera yang sedang melaksanakan tugas, terserempak dengan 5 orang PATI sedang berjalan daripada arah sempadan Indonesia dalam keadaan mencurigakan lantas menahan dan membuat pemeriksaan terhadap suspek.

Katanya, kesemua suspek berumur dalam lingkungan 20 hingga 49 tahun itu, dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil daripada pemeriksaan, pihaknya mendapati tiada barang larangan serta berbahaya dijumpai hanya wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg pakaian yang dianggarkan keseluruhannya bernilai RM 4,580.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan selanjutnya dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa dan kesemua suspek telah di bawa ke sempadan negara untuk tindakan pengusiran,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun telah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya.

“TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” tambah kenyataan itu. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat