MB Kelantan Pertahan Saguhati RM10,000 Kepada Ahli Lembaga Pengarah AKSB

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini mempertahankan pemberian saguhati Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang dilaporkan berjumlah RM10,000 bagi setiap ahli-ahli lembaga pengarah dan RM200 untuk setiap seorang kakitangan syarikat kerajaan negeri itu.

Memetik laporan Malaysiakini, AHmad Yakob berkata setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhak memberi sumbangan kepada ahli lembaga pengarah.

“Saya lihat dari segi mana-mana GLC atau syarikat berhak untuk memberi apa-apa sumbangan kepada ahli lembaga pengarahnya.

“Jadi kemungkinan inilah (keputusan) yang diambil oleh AKSB, itu jawapan ambo (saya) doakan yang terbaik walaupun menghadapi masalah,” katanya.

Terdahulu media melaporkan notis kelulusan pemberian sagu hati AKSB itu tersebar di media sosial sekali gus mengundang kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan pemberian saguhati tersebut di saat sebahagian rakyat Kelantan berdepan masalah bekalan air bersih.

Laporan itu berkata, berdasarkan notis itu ahli lembaga pengarah dipercayai seramai sembilan orang menerima sagu hati Aidilfitri RM10,000 setiap seorang, manakala setiausaha syarikat diberikan RM2,000 dan kakitangan sebanyak RM200.

Dalam pada itu, AKSB menjelaskan pemberian sagu hati Aidilfitri yang diberikan itu bagi bagi membantu meringankan beban warga syarikat menyambut hari raya dan dibuat mengikut prosedur tadbir urus kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat