Jangan Terlampau ‘Promosi’ DAP-PH, Nasihat KP UMNO Kapar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Azalina Othman Said disaran bersama pasukan wajib menjelajah enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk berjumpa dengan akar umbi bagi menjelaskan situasi yang Barisan Nasional (BN) sedang berhadapan dan tidak terlampau “mempromosikan” DAP-PH.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar Mohd Affifi Aris berkata, memandangkan PRN bakal berlangsung beliau mencadangkan agar kepimpinan tertinggi parti menjaga hati pengundi sejati Umno yang sudah sekian lama dididik untuk mengundi BN dan bukan parti lain.

“Henti meratib mengundi DAP-PH, jaga hati pengundi sejati Umno-BN. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”

“Hakikatnya pengundi sedar BN tidak akan bertanding disemua kerusi DUN yang pernah BN tandingi kerana bagi menguji kekuatan PH-BN bagi berhadapan dengan PRN ini.

“Kerusi-kerusi tradisi BN yang kalah akan diberikan kepada parti yang sudah berada di situ lebih satu penggal bagi PRN ini. Jadinya sudah pasti pengundi BN akan diminta mengundi parti yang mewakili kerajaan perpaduan ini,” kata Affifi dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas beliau lagi, sepanjang mengadakan program kecil-kecilan ataupun berborak kopi-kopi di kawasan, pengundi Umno-BN masih mencari-cari arah dan memujuk hati untuk menerima jajaran politik baru ini apatah lagi memberikan undi selain BN.

“Cadangan saya, Ketua Penerangan Umno bersama pasukan wajib menjelajah kesemua negeri yang bakal menghadapi PRN ini berjumpa dengan akar umbi menjelaskan situasi yang Barisan Nasional sedang berhadapan dan tidak terlampau “mempromosikan” DAP-PH.

“Tumpuan mesti lebih kepada relevensi hala tuju Umno dan naratif baru agar akar umbi dapat memahami ke mana hala tuju Umno yang lebih jelas.

“Saya yakin, ahli Umno mahukan kegemilangan Umno kembali pulih dan menjadi dominan bukan hanya sekadar “menumpang kasih atau pelengkap” kepada kerajaan ini,” tegas beliau.

Umno adalah parti yang memimpin dan bukan dipimpin, seru Affifi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat