Pasangan Suami Isteri Didakwa Dera Anak

- Advertisement -

KUANTAN – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan mendera dua anak mereka berusia lima dan enam tahun.

Tertuduh, Noor Aliff Redzwan Zakaria dan Nur Syafiqah Rosli, keduanya berusia 29 tahun didakwa menganiaya anak lelaki dan perempuan mereka hingga mengakibatkan kecederaan.

Dua kanak-kanak terbabit adalah anak tiri tertuduh pertama dan anak kandung tertuduh kedua.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Perumahan Pandan Damai, dekat Bukit Rangin, di sini, Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menetapkan 4 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM12,000 setiap seorang.

Mahkamah juga memerintahkan mereka tidak mendekati mangsa yang kini dijaga nenek mereka .

Pasangan itu juga diarahkab melapor diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat