SPRM Sahkan PN Tak Terkait Dana Judi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) tidak terlibat dengan tuduhan menerima sumbangan daripada dana judi dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat tersebut.

“Walau bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka atas isu ini,” kata Azalina dalam jawapan bertulis pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanya status siasatan terhadap dakwaan bahawa parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripda dana judi dalam kempen PRU15 lepas.

Pada Disember 2022, beberapa media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Anwar mendakwa Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata, dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat