Rakyat mungkin berdepan kebuluran jika krisis makanan gagal ditangani -MUDA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menumpukan segala fokus untuk membendung krisis makanan dan inflasi dengan segera.

Menurut Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Biro Keluarga dan Gender, Ainie Haziqah Shafii
mungkin sebelum ini jaminan keselamatan makanan (food security) agak janggal kedengaran.

Namun kini katanya, tiba masanya kita menjadikan ia salah satu agenda utama negara.

Tegas beliau jika isu ini tidak dibendung segera, negara berkemungkinan mengalami inflasi yang sangat kritikal dan kebuluran boleh berlaku.

“Mutakhir ini, kita mendengar tentang isu krisis bekalan ayam, gandum dan terbaru ikan dan bagaimana kebanyakan kos barangan basah atau siap masak naik secara mendadak.

“Isu ini bukan sahaja dirasai oleh golongan B40 malah seluruh rakyat Malaysia secara amnya.

“Tidak kurang juga, banyak yang berkongsi di sosial media berkenaan perbandingan harga beberapa bulan lepas dan harga terkini barangan di pasaraya dan kedai runcit,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kata Ainie, Indeks harga pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi Malaysia dijangka melonjak naik berbanding paras hanya 2.2 peratus yang direkodkan pada Mac 2022.
Keadaan ini amat merisaukan semua pihak.

“Situasi gawat ini dilihat seolah-olah tiada penghujung memandangkan kerajaan tidak ada pelan jangka masa pendek dan panjang yang jelas bagi menangani isu ini.

“Dalam isu bekalan ayam contohnya, tindakan kerajaan yang paling drastik setakat ini adalah dengan hanya menghentikan eksport ayam.

“Namun, adakah cara ini mengembalikan harga ayam ke harga asal? Adakah bekalan terus dipastikan cukup? Bagaimana pula dengan harga barangan lain yang terus mengalami kenaikan harga? Soal beliau.

Jelasnya, krisis makanan ini menyebabkan golongan rentan terus dihimpit dan tidak ada pilihan lain selain mencatu makanan atau mengambil makanan yang kurang berkhasiat.

“Sudahlah mereka ini baru sahaja terjejas teruk dengan pandemik Covid-19, sekarang harus berdepan dengan isu pemakanan seharian.

“Kesan jangka masa panjang akan mengakibatkan keciciran pendidikan kepada anak-anak yang mungkin terpaksa berhenti belajar bagi menampung kos isi rumah.

“Keadaan akan menjadi lebih runcing terutamanya melibatkan kesihatan kanak-kanak. Kekurangan protein akan menyebabkan jangkitan penyakit dan pertumbuhan yang terbantut. Ini akan mengakibatkan kesan sosial yang besar kepada masyarakat,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat