KUALA LUMPUR – Tindakan menghentikan eksport ayam adalah satu keputusan tepat namun, kerajaan didesak untuk bertindak tegas dan bersiap siaga dengan kemungkinan ada pengeluar tidak bertanggungjawab menyeludup bekalan yama ken negara jiran.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tindakan penyeludup itu adalah tidak mustahil demi mengaut keuntungan tanpa memikirkan keperluan rakyat negara sendiri.

“Henti eksport ayam satu keputusan tepat namun harga di pasar mesti distabilkan. Diharap harga dan bekalan ayam kembali normal selepas tarikh kuatkuasa larangan eksport ini.

“Apa yang paling penting ia mesti tidak membebankan rakyat selaku pembeli,” tegasnya dalam kenyataan pada Rabu.

Pun begitu, kata Zahida kerajaan mesti tegas dan bersedia berdepan situasi penyeludupan ayam demi mengaut untung.