Ebit Lew Berterima Kasih Hishammuddin Permudah Urusan Bantuan Ke Palestin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ustaz Ebit Liew hari ini meluahkan rasa berterima kasih kMenteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn kerana membantu memudahkan urusan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Pendakwah yang popular dengan pelbagai kerja kebajikan itu turut menghargai titipan semangat dan doa daripada epada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta pihak Wisma Putra yang turut membantu mempermudahkan misi tersebut.

“Pohon doakan ya Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah kami dan hanya kepadaMu kami berserah.

“Terima kasih Dato’ Seri Hishammuddin dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT.

“Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor yang memberi semangat dan doa,” katanya, dipetik dari Facebook beliau.

Ebit Lew turut menyampaikan perhargaan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi sokongan kepada misi kemanusiaan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat