5,867 Petugas Media Bakal Terima Vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata seramai 5,867 petugas media daripada 114 agensi media berdaftar bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.

Dalam sidang media hari ini beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) bagi mengutamakan barisan hadapan termasuk guru dan pengamal media.

“Temu janji diberikan secepat mungkin selepas CITF menerima butiran mereka,” katanya.

Sementara itu, pusingan kedua tempahan pengambilan vaksin AstraZeneca secara sukarela khusus untuk penerima di bawah umur 60 tahun dibuka esok, 26 Mei.

Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang berminat boleh mendaftar melalui http://vaksincovid.gov.my bermula 12 tengah hari, Rabu, 26 Mei.

Beliau berkata pendaftaran tempahan itu dibuka untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri di Sarawak. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat