Najib Rumuskan Raya Tahun Ini Suram

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sambutan hari raya tahun ini sebagai suram. Suram bukan sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi juga kerana ekonomi negara yang terjejas teruk

Kesimpulan ini dapat dilihat dari kenyataan beliau yang dipetik dari laman Facebooknya sebentar tadi,”Saya rumuskan Raya tahun ini sebagai sambutan dalam suasana yang muram.

“Kerana PKP dan Covid-19, ekonomi kita terjejas teruk”.

Tambah Najib lagi, walaupun PKP telah dilonggarkan dan syarikat-syarikat boleh kembali beroperasi, namun beliau secara terus terang merasakan, keadaan pada masa ini dan dalam jangka masa yang panjang nanti, tidak begitu baik.

“Things are not the same anymore and not looking good”, katanya dalam bahasa Inggeris.

Menurut beliau, banyak perniagaan yang kerugian besar sehingga ada yang terpaksa ditutup dan berhenti operasi selamanya.

Bagi peniaga kecil, usahawan dan yang bekerja sendiri katanya lagi, juga sudah beberapa bulan tidak ada pendapatan.

Di kalangan mereka ini, ramai yang kehilangan kerja dan tidak ada lagi punca pendapatan.

“Boleh bayangkan macam mana mereka nak menyambut Raya tahun ini?”, soalnya.

Najib turut berkongsi kesedihan bila memikirkan keadaan golongan ini.

“Dengan bil-bil yang perlu dibayar, dengan keperluan untuk sara hidup diri dan keluarga, lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil”.

Menurut Najib, beliau tahu golongan ini bimbang akan masa depan mereka dan keluarga – dipetik dari laman Facebook NaijbRazak.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat