SPRM sahkan Tun M sedang disiasat berkait isu isytihar harta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, ekoran penyiasatan itu, kedua-dua anak bekas Perdana Menteri itu juga diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Namun, beliau menjelaskan pihaknya tidak dapat memberikan maklumat penuh berkenaan isu yang sedang disiasat.

“Saya ingin mengesahkan beliau (Dr Mahathir) adalah antara yang disiasat dalam kes ini dan ekoran daripada penyiasatan terhadap beliau itu mengaitkan kedua-dua anaknya yang mana kita sudah memberi notis kepada kedua-dua anaknya untuk mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

“Saya tak dapat bagi detail (perincian) mengenai apa kesalahan yang lakukan oleh Tun M dan anaknya. Biarkan penyiasatan berjalan dahulu sehingga pada satu ketika difikirkan sesuai kita nyatakan itu lebih moleklah,” katanya, lapor BH di Gua Musang, Kelantan selepas merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat KESEDAR.

Terdahulu media melaporkan pihak SPRM tidak mahu mengulas dakwaan dua anak Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya mereka diarah membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat