RM136.4 juta untung diagih kepada peserta Felcra

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sebanyak RM136.4 juta hasil keuntungan Felcra Berhad diagihkan kepada peserta Felcra bagi fasa dua.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keuntungan boleh agih projek-projek Felcra Berhad Malaysia bagi tahun 2021 secara keseluruhannya berjumlah melebihi RM475.2 juta.

Ia meningkat sebanyak 199 peratus atau RM316.1 juta berbanding tahun 2020.

50 peratus atau Fasa 1 dari jumlah keseluruhan tersebut telahpun diagihkan pada bulan Februari yang lalu.

Kini selebihnya sebanyak RM136.4 juta diagihkan melalui Fasa 2 dan ia sudahpun mula dikreditkan bermula 22 April lalu.

“Untuk fasa kedua ini, RM136 juta telah diperuntukkan untuk fasa yang kedua, dan untuk negeri Sabah daripada RM136 itu, RM21.4 juta adalah untuk agihan di negeri Sabah.

“Agihan ini telah bermula dimasukkan ke akaun peserta mulai 22 April 2022,” katanya memetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena majlis penyerahan keuntungan boleh agih akhir 2021 Fasa 2, projek peserta Felcra Berhad di Sandakan pada Ahad.

Menurutnya, lebih 73,000 orang peserta Felcra Berhad di seluruh negara akan menerima agihan akhir lebihan keuntungan tahun 2021 ini pada kadar purata RM2,755 per hektar atau RM1,115 per ekar.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan agihan ini adalah pengurusan perladangan yang efektik dan sistematik oleh Felcra Berhad dengan usaha-usaha penambahbaikan proses aliran kerja, peningkatan penggunaan jentera.

Selain itu, pengenalan beberapa aspek automasi seperti penggunaan dron pemantauan pertanian turut dipengaruhi oleh peningkatan harga komoditi sawit iaitu harga buah tandan segar RM844.14 per metrik tan (mt) dan RM5.74 per kilogram (kg) bagi getah.

Justeru, belaiu berharap dengan penerimaan agihan keuntungan itu ia mampu mengurangkan beban ekonomi warga peserta dan persiapan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat