Maria Chin Dipenjara 7 Hari Kerana Kritik Hukuman Penjara Bekas Isteri Bos Naza

KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berdepan hukuman penjara tujuh hari kerana menghina mahkamah berhubung kritikannya terhadap hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah terhadap bekas isteri Pengerusi Eksekutif Naza Group SM Faisal SM Nasimuddin.

Hakim Fouzi Mokhtar berkata Maria didapati bersalah menghina mahkamah berikutan ulasannya pada 5 September 2018 mengenai keputusan mahkamah untuk memenjarakan Emilia Hanafi selama tujuh hari selepas tidak mematuhi hak lawatan anak yang diberikan kepada Faisal selain menjadualkan semula lawatannya.

Beliau merujuk kenyataan Maria yang bertajuk “Emilia Faisal Hanifi’s sentencing proves injustice against Muslim women still exists in the legal system”.

Maria diperintahkan untuk mula menjalani hukuman penjaranya pada Isnin namun Fouzi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu permohonan rayuan rasminya di Mahkamah Rayuan Syariah, lapor The Edge Markets.