PM bayar pampasan kepada 709 bekas pekerja Perwaja Steel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua 709 bekas pekerja kilang Perwaja Steel Sdn Bhd bakal menerima wang pampasan selepas ditamatkan perkhidmatan pada November 2014.

Berita baik itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata kes yang dibicarakan lebih tujuh tahun itu akhirnya berupaya diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta.

“Di Kemaman hari ini (semalam) bagi menyampaikan pampasan kepada bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd.

“Penerima pampasan akan memperoleh cek berjumlah di antara RM3,000 hingga RM21,000,” katanya menerusi kenyataan di Twitter, pada Ahad.

Kes pemberhentian pekerja itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas kilang keluli di Kemaman itu menamatkan operasinya pada November 2014.

Pekerja terbabit diberitahu pada Julai 2014 bahawa syarikat itu menghadapi masalah kewangan dan penstrukturan semula operasi perniagaannya akan dilakukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat