PM Berbuka Puasa Bersama Warga Felda dan Anak yatim

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dari seluruh negara di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Turut serta ialah Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh, Pengarah Besar Felda Amiruddin Abdul Satar, Pengerusi FGV Holdings Bhd Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Majlis yang dihadiri kira-kira 900 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran 31 anak yatim dari Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting, Selangor.

Pada majlis itu Ismail Sabri turut menyerahkan ‘mock cheque’ zakat perniagaan FGV Holdings Bhd bernilai RM33.57 juta kepada 14 wakil dari majlis agama Islam.

Ismail Sabri seterusnya menunaikan solat maghrib, dan kemudiannya isyak serta tarawih secara berjemaah dengan diimamkan oleh Imam Masjid Putra Ahmad Termizi Zainudin. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,602FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat