Bakal Jemaah Haji Perlu Jawab Surat Tawaran Segera, Wajib Lulus Ujian Kesihatan – TH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 14,306 bakal haji perlu menjawab surat tawaran yang telah dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada mereka dengan segera.

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana pihaknya telah mengeluarkan surat tawaran kepada mereka yang berkenaan bermula semalam bagi musim haji musim haji 1443H/2022M.

Jelasnya, bakal jemaah haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.

“Disebabkan kesuntukan masa, pihak kami mohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh surat berkenaan,” kata beliau.

Syed Saleh turut memaklumkan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Para bakal haji terpilih perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH yang berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun di klinik-klinik yang diiktiraf Kementerian kesihatan Malaysia.

“Bakal haji juga perlu melengkapkan dos penggalak vaksin Covid 19, digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu influenza dan pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya pertahanan badan semasa di Tanah Suci sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan,” jelasnya.

Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, para bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat