Welcome back PH 2.0, Najib bidas Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menjangkakan strategi politik yang sedang dirangka Perikatan Nasional (PN) akan mengembalikan era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) versi 2.0.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian sebagai respons balas terhadap kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu  bersedia untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi memastikan Barisan Nasional (BN) berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Saya rasa Pakatan Harapan (PH) dan PN mungkin akan keluarkan cerita baru untuk menipu rakyat tak lama lagi.

“Kami bukan berpakat atau bergabung. Tak! Cuma runding kerjasama untuk memastikan saingan satu lawan satu untuk lawan BN dalam PRU15.”

“Tapi ini bermaksud PH dan PN akan bahagikan jumlah kerusi Parlimen yang akan ditanding masing-masing,” kata Najib.

Sebaliknya beliau menegaskan, andaikan mereka menang kerusi yang dibahagikan itu. Ini juga bermaksud mereka perlu berpakat atau bergabung selepas PRU-15 untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan.

“Maka, welcome back PH 2.0,” ramal Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat