Nora ralat tak khatam al-Quran Ramadan kali ini

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selepas dua tahun berturut-turut aktiviti Ramadannya dapat dipenuhi dengan mengaji al-Quran sehingga khatam, kali ini pelakon Nora Danish, 39, terpaksa berasa ralat.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, berkata aktiviti Ramadannya tahun ini agak kucar-kacir kerana terlalu sibuk dengan urusan pindah ke rumah baharu.

“Urusan pindah rumah menyebabkan jadual harian saya pada Ramadan kali ini agak kelam-kabut dan tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti mengaji sehingga khatam seperti dibuat sebelum ini.

“Saya sibuk sampai tak sempat nak kejar macam-macam benda. Jadi, memang agak terkilan juga apabila tak dapat khatam al-Quran untuk tahun ini. Semoga masih ada rezeki (khatam al-Quran) pada tahun depan,” katanya.

Nora berkata dia berdoa agar dapat lebih aktif untuk melakukan ibadah termasuk menghabiskan bacaan al-Quran pada Ramadan akan datang nanti.

Berbicara mengenai sambutan Aidilfitri, Nora juga ibu dua cahaya mata berkata dia meraikan secara sederhana dan asalkan dapat bersama keluarga tercinta.

“Selepas dua tahun kita semua tak dapat balik ke kampung untuk berhari raya, saya pasti Aidilfitri kali ini ramai yang beraya sakan bersama keluarga dan sanak saudara,” katanya.

Pada Aidilfitri ini, Nora akan muncul dengan sitkom Puteri Reunion pada di TV3 pada hari raya pertama yang turut dibintangi barisan pelakon asal lain iaitu Siti Fazurina, Beego, Kenchana Dewi dan Intan Ladyana.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat