- Advertisement -
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuatkuasa hari ini.
Melalui kenyataan medianya, beliau yang juga Ahli Biasa Seumur Hidup PPBM menjelaskan pengundurannya dibuat atas sebab peribadi.
“Bahawa saya, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan bernombor keahlian 00468423 ingin memaklumkan telah menyampaikan hasrat saya untuk berundur sebagai Ahli Biasa Seumur Hidup PPBM melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, bertarikh pada 22hb April 2022 dan berkuatkuasa hari ini, Isnin, 25hb April 2022. Ia di laksana menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti,” katanya.
Terdahulu, beliau memohon ahli PPBM Bahagian Bentong, Pahang pada 07 Januari 2021.
Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Bersatu pada Jun 2021 selain pernah memegang jawatan Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda Perikatan Nasional (PN) bagi tempoh Mei 2021 hingga Oktober 2021.
Surat pengundurannya diserahkan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melalui sepucuk surat bertarikh 22 April 2022. -SuaraTV