1,149 Tangki Statik Disediakan Jika Bekalan Air Terganggu Di Musim Perayaan – PAIP

- Advertisement -

KUANTAN – Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) akan menyediakan 1,149 tangki statik untuk meringankan kesulitan pengguna sekiranya menghadapi masalah bekalan air ketika musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Saiful Zaini Mohd Bokhari, berkata turut disediakan ialah sebanyak 27 lori tangki air dan enam tangki jumbo di seluruh kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air.

Bagaimanapun, katanya, premis kritikal seperti pusat dialisis, pusat jagaan warga emas dan hospital akan dibantu sekiranya ada permintaan.

“Pada sambutan Aidilfitri ini, PAIP menyediakan beberapa pelan tindakan bagi memastikan kelangsungan bekalan air dan meringankan kesulitan pengguna sekiranya menghadapi masalah bekalan air ketika musim perayaan.

“Permintaan bekalan air yang meningkat ketika musim perayaan apabila orang ramai pulang ke kampung menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan yang rendah terutama di kawasan FELDA dan kampung tradisional,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Saiful Zaini meraikan petugas media pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, sebanyak 73 Loji Rawatan Air (LRA) akan beroperasi secara maksimum bagi memenuhi permintaan ketika musim perayaan yang dijangka meningkat dua hingga tiga kali ganda daripada permintaan biasa.

Katanya, petugas akan bekerja 24 jam mengikut jadual yang ditetapkan bagi menghadapi musim perayaan.

“PAIP telah melaksanakan penyelenggaraan dan servis aset-aset lebih awal sebagai langkah proaktif untuk menghadapi musim perayaan.

“Di samping itu, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemah dan menyimpan bekalan air secukupnya sebagai persediaan musim perayaan.

“Sebarang aduan pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573999,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat