MOSTI Fokus Sekuriti Kesihatan, Kenderaan Elektrik dan Inovasi Sosial – Dr Adham Baba

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pada tahun ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memfokuskan tiga bidang utama melibatkan sekuriti kesihatan negara, kenderaan elektrik (EV) dan inovasi sosial, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Pertamanya, dari segi sekuriti kesihatan negara, MOSTI menerusi Pelan Pembangunan Vaksin Negara memperkasa saintis-saintis vaksin tempatan untuk menghasilkan vaksin bagi COVID-19 dan pelbagai penyakit lain untuk manusia.

“Ini adalah sejajar dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia negara pengeluar vaksin.

“Keduanya, Malaysia turut berhasrat untuk menjadi pengeluar teknologi EV terutamanya kenderaan elektrik dua roda yang dibangunkan pengusaha tempatan.

“Baru-baru ini MOSTI telah melancarkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi, produk nano dan yang paling penting, penciptaan lebih 30,000 peluang pekerjaan pelbagai peringkat.

“Perkembangan pasaran kenderaan elektrik dan tenaga diperbaharui telah mewujudkan system penyimpanan tenaga yang cekap. Menerusi NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative, ia memberi solusi kepada simpanan tenaga yang mempunyai ciri pengecasan pantas dan ketumpatan tenaga yang tinggi serta kos yang rendah,” kata Dr Adham semasa berucap di Majlis Iftar Silaturrahim Pengarang Media di ibu negara hari ini.

Mengulas mengenai tumpuan ketiga iaitu inovasi sosial, Dr Adham berkata MOSTI akan menyantuni komuniti innovator tempatan dan akan menjejaki inovasi-inovasi di peringkat akar umbi untuk diketengahkan sebagai jalan penyelesaian untuk masalah setempat.

“Suka saya kongsikan di sini, Malaysia Social Innovation yang sebelum ini dikenali sebagai MySI telah kini telah pun dijenamakan sebagai MyIS dan insyaAllah akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Selain tiga teras utama ini, MOSTI juga mengambil berat mengenai perkembangan ekosistem komuniti start-up tempatan terutamanya bagi syarikat-syarikat pemula yang berasaskan teknologi dan inovasi,” katanya.

Menurut beliau lagi, Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2023 telah dilancarkan pada bulan November 2021 dan seterusnya pada bulan lalu, platform digital MYStartup telah dilancarkan bertujuan membina ekosistem syarikat pemula (startup) yang kondusif turut dilancarkan.

“Sehingga kini, lebih 2,600 syarikat telah pun mendaftar menerusi platfrom MYStartup dan 13 peratus daripadanya adalah syarikat pemula di luar negara.

“Untuk makluman, Cradle merupakan agensi focal point bagi ekosistem start-up yang diberi mandat untuk memastikan strategi yang diketengahkan memberi manfaat kepada ekosistem start-up,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat