Najib Soal Motif Portal Pro PH Kritik KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan portal “yang sangat pro PH”, Asia Sentinnel mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah, mengundang persoalan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam status terbaru Facebooknya (setakat 11.20 pagi tadi), beliau mempersoalkan satu artikel portal berkenaan – yang walaupun mengakui kegagalan PH dalam usaha dan persiapan untuk melawan wabak Covid-19, tapi menyalahkan Datuk Noor Hisham kerana tidak memberi nasihat yang sepatutnya kepada kerajaan lama.

Kata Najib, “Artikel ini mengaku bahawa gagalkrasi PH telah gagal dalam usaha dan persiapan untuk melawan wabak Covid dari segi dasar menentang amaran dan nasihat WHO dengan membenarkan perhimpunan umum besar, kekurangan bekalan kelengkapan pelindung diri (PPE) dan kekurangan kapasiti untuk membuat ujian Covid.

“Tapi artikel ini kata sebab pemimpin-pemimpin PH gagal ialah kerana mereka tidak diberi nasihat yang sepatutnya dari Datuk Noor Hisham!

“Sendiri yang gagal, kenapa pulak nak salahkan orang lain?”, Tanya Najib.

Tambah menghairankan kata Najib, penulis artikel berkenaan pula diberikan nama sebagai “Our Correspondent” sahaja walaupun artikel itu telah “disponsor untuk disebar luas” di FB portal berkenaan.

“Apa motif Asia Sentinel?”, Tanya Najib lagi.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat