KUALA LUMPUR, 25 Mac 2026 – HONOR, peneraju global dalam ekosistem peranti AI, sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan pelancaran pertama mereka bagi tahun 2026 di Malaysia. Kali ini, jenama teknologi itu bakal memperkenalkan satu siri telefon pintar flagship yang serba baharu, dijangka membawa inovasi terkini dalam dunia peranti pintar.
Menerusi perkongsian awal kepada media, HONOR telah memberi bayangan awal tentang rekaan dan ciri menarik peranti tersebut. Ia menampilkan skrin melengkung yang elegan bersama kemasan warna oren yang berani dan menyerlah. Bingkai logam matte pula memberikan sentuhan premium serta ketahanan yang tinggi, menjadikannya tampil mewah dan praktikal.

Lebih menarik, telefon pintar ini dijangka dilengkapi dengan satu butang khas berasaskan kecerdasan buatan, dikenali sebagai AI Button. Ciri ini berpotensi menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih pintar dan intuitif, selari dengan fokus HONOR dalam membangunkan ekosistem AI yang menyeluruh.
Dari segi fotografi, peranti ini akan hadir dengan sistem kamera tiga lensa generasi baharu yang direka untuk prestasi bertaraf profesional. Walaupun spesifikasi penuh masih belum didedahkan, ia dijangka mampu memenuhi keperluan pengguna yang gemar menghasilkan kandungan berkualiti tinggi.

Walaupun nama rasmi siri ini masih dirahsiakan, HONOR mengajak rakyat Malaysia untuk turut serta meneka model tersebut dan berkongsi jangkaan mereka di media sosial, sekali gus membina keterujaan menjelang pelancaran rasmi.
Dengan pelancaran yang semakin hampir, para peminat teknologi tempatan kini tidak sabar menantikan pengumuman penuh yang dijangka membawa pelbagai kejutan dari segi inovasi, prestasi dan reka bentuk.

Untuk perkembangan lanjut, ikuti saluran rasmi HONOR Malaysia di Facebook atau laman web mereka.https://www.honor.com/my/



