Fasa peralihan monsun dijangka mula 29 Mac bawa hujan lebat, angin kencang – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan berterusan sehingga Mei 2026.

Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/2026 yang telah bermula sejak 13 November 2025.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

“Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

“Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” jelas beliau dalam kenyataan pada Rabu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat