Harga diesel mencanak dalam tempoh 2 minggu, mana pelan kontigensi bekas Menteri Kewangan terbaik Asia? – Razali

KUALA LUMPUR – Ketua Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan pelan kontigensi berhubung kenaikan mendadak harga diesel impak konflik di Asia Barat.

Razali mengingatkan Anwar selaku bekas Menteri Kewangan terbaik Asia segera mencari jalan meredakan kadar kenaikan harga diesel yang kini dilaraskan kepada RM4.72 seliter.

“Sepatutnya PMX atau bekas Menteri Kewangan terbaik Asia bersegera atasi bukan setakat dakwa minyak naik kerana krisis!

“Mana kontigensi plan? Diesel sudah mencanak dalam masa 2 minggu.

“Sembang lembu kerbau boleh terbang,” selar Adun Kijal itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegur tindakan segelintir pihak yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu kenaikan harga minyak global, meskipun krisis itu berpunca daripada konflik antarabangsa yang di luar kawalan negara.

Perdana Menteri berkata dalam keadaan dunia berdepan ketegangan geopolitik melibatkan serangan dan krisis Asia Barat, terdapat pihak yang terus menyalahkan kerajaan tanpa memahami realiti sebenar situasi global.

“Ada orang guna kesempatan ini dalam keadaan ekonomi jatuh, minyak tersekat. Bukan salah kita, tetapi masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang.

“Dunia politik ini perlu terkawal dan sepatutnya semua pakat mencari penyelesaian,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat