17 penggiat seni bakal terima Tabung Bantuan Seni 2025

- Advertisement -

 

Oleh Zihan Zari 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Balai Seni Negara mengumumkan senarai 17 penggiat seni bakal menerima Tabung Bantuan Seni (TBS). 

TBS Bilangan 1 2025 ini melibatkan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti seni visual di peringkat tempatan serta antarabangsa. 

Balai Seni Negara Negara dalam kenyataannya berkata TBS bertujuan memberi sokongan kepada penggiat seni tanah air dalam menjayakan program dan aktiviti berimpak tinggi yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan landskap seni dan pengukuhan jaringan komuniti kreatif.

“TBS turut menjadi medium penting dalam memperkukuh ekosistem seni visual negara serta merancakkan keterlihatan seni Malaysia di pentas dunia. 

“Sekretariat TBS telah menerima sebanyak 44 permohonan dan Panel Penilai TBS yang bersidang telah meluluskan 17 permohonan, ”kata kenyataan itu pada Isnin. 

Antara penerima TBS 2025: 

1. Azman Md Nor (TIGAZI Creative Resources) Pertandingan Plein Air, Bengkel dan Diskusi Warisan Seni Kg. Raja & Kuala Besut, Terengganu

2. Chan Lai Keen (Janiz Chan) Pameran Solo sempena Bulan Wanita Sedunia di Cebu, Filipina

3. Ivan Lam Wai Hoe Residensi Seni di International Studio & Curatorial Program, Brooklyn

4.  Seet Boon Kiat (James Seet) The Wedge: The Australian Ceramics Triennale 2025

5. Mat Ramli Mansor Pameran Lakaran Potret Ekspresi Diri dan Puisi

6.  Kasat Arca (Mohamad Kasat Bujang Narawi) Penghasilan Arca Manang Tetaw Dari Logam Terpakai di Kuala Tatau, Bintulu

7.  Abu Zaki Hadri Program 2025 Asia International Art Exchange Exhibition Taiwan – ‘The Joy of Yunlin’

8.  Fauzan Fuad Artis Residen Rimbun Dahan 2025

9. Muhammad Ariff  Ismail Penghasilan Sebuah Pintu Gerbang di Kampung Nour Imam & Kampung Seberang Jaya, Kuala Tatau, Bintulu

10. Kapallorek Artspace –  Fadly Sabran & Heidhr Hamdan Asia Pacific Moving Image Festival di Busan, Korea (Exhibition & Forum)

11.  Studio Ants Enterprise (Hashim Man) Seni Bersama Komuniti “Moh Menyeni Anjung Tanjung”

12.  Mohamad Hafiz Yahaya Program 1st International Art Exhibition and Seminar on Cross-Culture 2025, Jepun

13. Mohd Amir Lutfi Mohd Fitri Program Street Art ‘Spektrum Graffiti Jam’ di Kuching

14. Chamology Art Studio (Mohamad Hisham  Muhammad) Program Seni Graffiti ‘Meeting of Styles Germany 2025’

15. Amir Hamzah Al-Hafiz Mohd Yunus Projek Art Toy: Ribbit The Toy

16.  Mohamad Faizuan Mat Projek Ko-Kreasi Seni “ke-DIAM-an”

17. Nooraznah Hanim Mohd Noor (Xeem Noor) Program Residensi di Koganecho, Yokohama, Jepun. 

“Inisiatif berterusan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan seni yang inklusif, progresif dan mampan, selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab seni serantau. 

“Ia juga bertujuan memastikan bakat tempatan terus diberi ruang, sokongan dan pengiktirafan sewajarnya untuk berkembang serta mengharumkan nama negara di peringkat global, ”katanya lagi. 

“Balai Seni Negara mengucapkan tahniah kepada semua pemohon yang berjaya dan semoga program dan aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua pihak, serta memperkukuh jalinan seni dan masyarakat,”tambahnya. 

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara atau layari laman sesawang www.artgallery.gov.my.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat