Untunglah Terengganu, bonus raya PM biaya – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Beruntung Kerajaan Negeri Terengganu tidak perlu bersusah payah mencari wang untuk menyalurkan bonus raya kepada penjawat awam di Negeri Darul Iman itu.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh berkata demikian mengulas kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) yang menyatakan lanjutan daripada lawatan ke Terengganu pada 21 Mac 2025 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan bahawa Kerajaan Madani telah bersetuju untuk membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) bagi penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu.

“Terima kasih PM Anwar Ibrahim.

“Beruntung Kerajaan Negeri Terengganu, tak perlu pening kepala dan susah-susah nak cari duit bagi bonus raya untuk penjawat awam negeri.

“Selamat hari raya semua,” ucapnya.

Terdahulu MOF dalam surat rasmi pada Isnin memaklumkan, lanjutan daripada lawatan Perdana Menteri ke Terengganu pada 21 Mac 2025 kerajaan telah bersetuju untuk membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) bagi penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu.

BKKA sebanyak RM500 ini akan memanfaatkan lebih 14,000 penjawat awam Negeri Terengganu dan akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi menyerikan persiapan menyambut lebaran.

Kerajaan Madani kekal komited dengan prinsip kesaksamaan dan pendekatan yang manusiawi agar kemakmuran negara dapat dirasai secara bersama, sejajar dengan wawasan Menaikkan Lantai dalam kerangka Ekonomi Madani.

“Semoga sumbangan ini membawa sedikit kegembiraan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata MOF.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat