PM serah dokumen perjanjian kepada pembangkang? – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa melalui wakilnya sudah menyerahkan dokumen perjanjian dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ketua Armada Bersatu itu berkata, tidak semua perkara perlu dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada setiap orang di sekelilingnya.

“Bukan semua benda Perdana Menteri nak cerita dengan kamu macam dia buat ‘deal’ dengan Bagan Datuk dulu.

“Memanglah Timbalan Perdana Menteri dan kamu tak tahu. Bukan ‘fake news’,” katanya dalam satu hantaran di platform X, pada Isnin.

Hantaran berkenaan dibuat bagi menjawab kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari yang mendakwa tiada apa-apa perjanjian atau perbincangan mendalam mengenai perjanjian dengan pembangkang.

Taufiq mendakwa, pembangkang mula ‘menjual’ cerita yang tidak sahih dan menyifatkan mereka sinonim dengan berita palsu.

Semalam, dalam satu kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, menyatakan tidak timbul wujudkan draf perjanjian baharu itu seperti yang didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu hanya mendengar permohonan PN dan apa yang mereka tawarkan, namun tiada sebarang dokumen diberi atau pun diterima.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat