Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding AS menjelang data inflasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Februari.

Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pendapat umum rata-rata mengunjurkan kadar inflasi Malaysia kekal pada 1.5 peratus pada Februari.

Minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran kadar inflasinya kepada 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2024, daripada unjuran sebelumnya pada 2.1 hingga 3.6 peratus.

Meskipun semakan semula itu, Mohd Afzanizam berkata inflasi masih kekal tinggi, memberikan lebih banyak sebab untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.00 peratus.

Beliau berkata berdasarkan anjakan semula Fibonacci, paras sokongan dan rintangan semasa ringgit masing-masing dijangka berada pada RM4.7341 dan RM4.47481.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain, lapor Bernama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.1195/1239 daripada 5.1203/1257 pada paras penutup Jumaat minggu lalu tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.9692/9743 daripada 5.9582/9645 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1332/1361 daripada 3.1223/1258.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain, kecuali peso Filipina apabila ia meningkat kepada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42 pada.

Unit tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.0336/0503 daripada 13.0116/0318 sebelumnya, turun berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.6 daripada 299.8/300.4 dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.5109/5141 daripada 3.5106/5145.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat