PADU sekadar harapan palsu? – Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejak dilancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) didakwa terlalu banyak kesangsian, kecelaruan, ketidaksampaian maklumat serta ada seolah-olah ancaman dan ugutan untuk memaksa pendaftaran di kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, ada kemusykilan dalam Sistem PADU, termasuk lebih 20 juta rakyat memilih untuk tidak mendaftar.

“Apa yang sebenarnya digusari kerajaan Sarawak yang disuarakan seorang Menteri Kabinetnya dan Umno menerusi seorang MKTnya?

“Rakyat melihat ada yang tidak kena apatah lagi imej dan reputasi Menteri Ekonomi ini tidak selalu menjadi dan tidak kompeten.

“Sejak dilancarkan PADU, terlalu banyak kesangsian, kecelaruan, ketidaksampaian maklumat serta ada seolah-olah ancaman dan ugutan untuk memaksa pendaftaran dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sudah tentu paksa wajib daftar dalam kalangan penjawat awam dan ada pula dikatakan anda pasti tercicir dalam setiap bantuan jika belum mendaftar, macam ada ugutan – pohon penjelasan segera! gesa beliau.

Menurut ahli Dewan Negara itu, rakyat sebenarnya sudah muak dengan tingkah laku kerajaan yang cuba menonjolkan sesuatu perkara yang besar tetapi kesudahnya ia akan melarat kepada rakyat yang sentiasa meletakkan harapan tinggi tetapi sekadar harapan palsu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat