Kita minta KK Mart naik banner minta maaf, tapi banner lain mereka naikkan – Dr Akmal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh mempersoalkan tindakan KK Mart yang menaikkan banner lain selain dari memohon maaf kepada umat Islam.

Beliau juga mempersoalkan pihak KK Mart yang menaikkan banner tanpa permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kebenaran YAB Ketua Menteri untuk meletakkan gambar beliau pada banner tersebut.

“Kita minta dia naik banner minta maaf, Tapi banner lain dia naikkan,

“Naikkan banner tanpa permit dari PBT dan kebenaran YAB ketua menteri untuk meletakkan gambar beliau pula tu,” kata beliau menerusi perkongsian di Facebooknya.

Beliau juga menggega pihak PBT menjalankan penguatkuasaan mengikut undang-undang yang sedia ada.

Tegasnya, pendirian Pemuda UMNO tetap kekal untuk terus memboikot KK Mart.

“Maka kita minta PBT jalankan penguatkuasaan mengikut undang-undang yang sedia ada

“Buat lah jualan apa sekalipun,jual lah barang murah mcm mana sekalipun,kami tetap dengan pendirian kami dengan kekal #boikotKKmart

“Kami ada maruah yang bukan boleh dibeli!!

“Terima kasih PBT negeri Melaka atas tindakan yang pantas,” ujarnya.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat