META ‘bunuh’ akaun FB Motaz Azaiza

- Advertisement -

PALESTIN: Selepas menarik jutaan pengikut menerusi laporan berani dan telus berkaitan perang di Gaza, META hari ini menamatkan akaun Facebook milik Motaz.

Memetik Mynewshub, penamatan akaun Facebook Motaz ditamatkan atas alasan tidak mematuhi komuniti standard berhubung penipuan.

Beliau adalah wartawan foto (photojournalist) Palestin dari Gaza.

Dia terkenal kerana membuat liputan mengenai perang Israel–Hamas, hingga menarik ramai pengikut media sosial.

Contohnya akaun Instagram miliknya yang hanya memiliki beberapa ribu pengikut asalnya, naik sehingga 18 juta lebih pengikut selepas perang Gaza tercetus.

Berikutan itu, ramai yang memberikan komen bahawa Mark Zuckerberg dan META bersuhabat melakukan pembersihan etnik dengan menghalang kebebasan dan kewujudan akaun milik Motaz.

Motaz antara wartawan yang berjaya membuka mata dunia terhadap keganasan Zionist ke atas rakyat Palestin.

Pada tahun 2023 dia telah dinamakan Lelaki Terbaik oleh GQ Timur Tengah dan salah satu fotonya, menunjukkan seorang gadis yang terperangkap dalam runtuhan akibat serangan udara Israel, telah dinamakan sebagai salah satu daripada 10 foto terbaik Time pada tahun 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat