Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang naikkan kadar sumbangan kepada RM300

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) menaikkan kadar sumbangan daripada RM200 kepada RM300 kepada anak-anak yatim, pesakit kronik, dan orang kurang  upaya (OKU).

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, seramai 529 orang telah menerima sumbangan yang terdiri daripada anak-anak yatim seramai 148 orang, pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU) seramai 260 orang serta ibu tunggal seramai 121 orang.

Jelas Wan Rosdy, ia membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM173,700.

“Alhamdulillah, hari ini saya menyampaikan sumbangan kepada 529 orang penerima daripada golongan yang memerlukan dari 13 kampung sekitar kawasan Jelai pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang 2023 di Dewan Terbuka Laman Sejahtera Jela, Sungai Koyan 1, Lipis, petang ini.

”Mereka yang menerima sumbangan ini terdiri daripada anak-anak yatim seramai 148 orang, pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU) seramai 260 orang serta ibu tunggal seramai 121 orang.

”Mereka menerima bantuan prihatin berbentuk wang tunai RM300 dan kurma setiap seorang membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM173,700.” kata Wan Rosdy.

Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail

Jelas Wan Rosdy lagi, kenaikkan kadar sumbangan tersebut membuktikan kedudukan kewangan Yayasan Pahang berada dalam keadaan yang baik.

Katanya lagi, dengan sumbangan ini dapat meringan bebanan penerima dalam menghadapi bulan Ramadan dan persiapan Aidilfitri nanti.

”Saya berterima kasih kepada Yayasan Pahang kerana menaikkan kadar sumbangan daripada RM200 sebelum ini kepada RM300 pada kali ini yang membuktikan bahawa kedudukan kewangan Yayasan Pahang berada pada tahap yang baik.

“Saya berharap, semoga dengan pemberian ini, ia dapat meringankan beban penerima terutamanya dalam membeli barangan keperluan harian terutamanya ketika menghadapi bulan Ramadan dan juga Aidilfitri.” ujar Wan Rosdy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat