CARSOME Lancar Inisiatif ‘Women Take the Wheel’ untuk Tingkatkan Pengalaman Pemilikan Kereta bagi Wanita

- Advertisement -

Kuala Lumpur, 24 Mac 2023 – Sempena Hari Wanita Antarabangsa, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, CARSOME, mengumumkan inisiatif Women Take the Wheel yang akan dilaksanakan di Malaysia, Indonesia dan Thailand selaras dengan komitmen syarikat untuk menjadi lebih inklusif dalam segala interaksi yang melibatkan masyarakat.

Menurut data CARSOME, bilangan pembeli kereta di kalangan wanita telah meningkat lebih daripada 308% dalam tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya. Sebagai sahutan kepada maklum balas[1] pelanggan wanita berkenaan keperluan dan cabaran mereka ketika membeli kereta terpakai, inisiatif Women Take The Wheel bertujuan untuk memperkasa pembeli kereta wanita melalui pengalaman dan penawaran yang nyata berbeza. Inisiatif ini akan mengambil kira permintaan mereka untuk mendapatkan bimbingan dan panduan terutamanya dalam aspek teknikal dan yang berkaitan dengan proses peringkat awal pembelian kereta.

Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CARSOME, Juliet Zhu berkata: “Kami telah mendengar maklum balas pelanggan wanita CARSOME dan dimaklumkan tentang  cabaran yang mereka hadapi sepanjang proses pemilikan kereta. Di samping keyakinan, ketelusan dan meyediakan pilihan menerusi pengalaman pembelian dan penjualan kereta secara digital, ‘Women Take the Wheel’ melambangkan sokongan kami kepada wanita untuk membuat keputusan tepat dengan keraguan.

“Ini hanyalah titik permulaan, dan kami berasa teruja untuk memberi lebih banyak manfaat kepada pelanggan wanita untuk bulan-bulan yang seterusnya. Ia juga menunjukkan dedikasi jangka panjang kami ke arah persekitaran yang lebih inklusif untuk representasi yang lebih seimbang dalam industri automotif. Kami harap apa yang dibina pada hari ini akan menjadi asas pada masa akan datang untuk meneruskan sokongan terhadap para wanita.”

Sebahagian daripada inisiatif Women Take the Wheel, CARSOME akan memperkenalkan pelanggan kepada pengalaman yang dipertingkatkan khusus untuk wanita di Malaysia dengan 11 pakar perkhidmatan di ‘Inspection and Experience Center’ terpilih termasuklah PJ Automall, Kepong, Kelana Jaya, Puchong, Klang, Seremban, Melaka, Skudai, Ipoh dan Bayan Lepas. Pakar perkhidmatan tersebut akan menyediakan sokongan dan panduan kepada pelanggan wanita dengan layanan yang lancar daripada pandu uji hinggalah pemilikan kereta, di mana selepas itu pelanggan akan dapat menikmati kemudahan sokongan selepas jualan menerusi interaksi digital CARSOME.

Program ini juga dimulakan dengan 30 hari jaminan wang dikembalikan untuk pelanggan wanita, tawaran yang pertama seumpamanya dalam industri ini dan satu bulan insurans hayat percuma daripada Fi Life, yang merupakan salah satu rakan CARSOME yang menjayakan inisiatif Women Take the Wheel. Tawaran ini sah sepanjang tempoh kempen dari 8 – 31 Mac 2023.

Ibu bapa juga boleh memanfaatkan Sudut Kanak-kanak, yang mula diperkenalkan di PJ Automall. Berdasarkan maklum balas, CARSOME akan terus berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan inisiatif tersebut yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman yang lebih mesra pelanggan.

Pada pelancaran inisiatif Women Take The Wheel, Juliet menyertai sesi bual santai bertajuk ‘Elevating the Women Consumer Experience’ (Meningkatkan Pengalaman Pengguna Wanita) bersama usahawan digital Malek Ali, Pengasas BFM dan Fi Life; Sherry Sheriff, Pengasas Bersama Wahine Capital; serta Vanessa Gomes, Penulis Kanan di Digital Edge. Perluasan revolusi digital di serata Asia kian mengubah cara keputusan penting dibuat seperti pelaburan, insurans dan pembelian automotif, oleh itu perbincangan tersebut tertumpu kepada langkah-langkah yang boleh diambil oleh perniagaan untuk meninjau keperluan wanita dengan lebih baik dan memenuhinya dengan lebih bemakna.

Pelanggan wanita yang ingin memanfaatkan tawaran ini boleh mengunjungi CARSOME Autofair 2023 dari 17 hingga 19 Mac 2023 di CARSOME PJ Automall. Semua kereta CARSOME Certified yang ditempah semasa berlangsungnya Autofair layak mendapat diskaun sehingga RM8,000, waranti selama dua tahun dan pelbagai hadiah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi CARSOME.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat