Selepas 25 tahun, barulah UK’s dapat buat konsert besar

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan UK’s, Amir pernah kecewa dengan industri muzik apabila kumpulan yang sudah berusia 25 tahun itu tidak pernah diberi peluang mengadakan konsert besar-besaran.

Amir berkata, bagaimanapun dia tidak pernah berhenti dan mengalah untuk terus mencari penaja bagi merealisasikan impian kumpulan itu.

“Selama 25 tahun dalam industri muzik, pada mulanya saya memang sudah kecewa kerana UK’s tak pernah diberi peluang langsung. Namun, kami tak pernah berhenti untuk cuba mencari penaja-penaja yang sudi menaja dan menganjurkan konsert untuk kami,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, di usia 50 tahun, dia bersyukur kerana akhirnya UK’s berpeluang mengadakan konsert berskala besar iaitu Konsert UK’s Reunion 25 Tahun di Istana Budaya, di sini, pada 17 dan 18 Jun ini.

“Dalam usia 50 tahun ini, alhamdulillah kami dapat peluang ini. Dah lama kami simpan hasrat untuk mengadakan konsert berskala besar begini,” katanya.

Konsert UK’s Reunion 25 tahun dianjurkan oleh Mac Training Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd dan menggabungkan ahli kumpulan UK’s iaitu Amir selaku penyanyi, Denil (gitar), Olley (bass) dan Amirul (dram).

Tiket-tiket untuk konsert ini sudah mula dijual bermula dengan harga RM111 hingga RM999.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat