Sahabat berjaya ‘jentik’ hati Saharul Ridzwan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pertemuan dengan seorang sahabat akhirnya ‘menjentik’ hati pelakon popular, Saharul Ridzwan untuk belajar mendalami ilmu agama.

Saharul berkata, dia sendiri tidak pernah menyangka pertemuannya dengan sahabatnya itu membawanya ke jalan yang sepatutnya.

“Tahun lalu, saya ada bertemu dengan seorang sahabat. Ketika itu, saya berfikir mengenai perniagaan yang sesuai untuk saya buat sebagai persediaan sekiranya saya tidak lagi berlakon.

“Dia dahulunya jurutera yang kemudiannya berhenti kerja dan mengusahakan perniagaan menjual topi. Pada masa sama, dia juga menjalankan kerja-kerja dakwah.

“Selalunya, kalau ada kenalan atau sahabat yang berniaga berjumpa saya, saya fikir dia nak minta saya promosikan produknya, tapi nampaknya tanggapan saya meleset,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ucapan kata-kata daripada sahabatnya itu membuatkannya banyak berfikir dan cuba mencari laluan kepada keredaan.

“Sebelum pulang, dia meluahkan kepada saya bahawa dia yakin satu hari nanti kami akan bertemu kembali kerana Allah.

“Dengan hanya mendengar ayat itu, saya terfikir dan terbuka hati untuk belajar dan mendalami ilmu agama,” katanya.

Walaupun kini Saharul sudah mula berhijrah, dia masih lagi meneruskan kerja-kerja lakonan seperti mana yang dilakukannya sejak 10 tahun lalu.

“Selama 10 tahun saya berada di dalam industri hiburan dan bekerja sebagai pelakon. Saya tak berhenti kerana masih ada minat dan kalau saya berhenti, tentunya saya akan merindui kerjaya ini,” katanya.

Terbaru, Saharul kini membuka restoran makanan barat, HumanGang Steak House bersama tiga rakan kongsinya termasuk pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat