RHB Banking Group Lantik Ahmad Badri Sebagai Pengerusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: RHB Banking Group melantik Tan Sri Ahmad Badri Mohamad Zahir sebagai pengerusinya berkuat kuasa pada Rabu.

Ahmad Badri, yang juga merupakan pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menggantikan Tan Sri Azlan Zainol yang bersara sebagai pengerusi kumpulan selepas bersama bank itu sejak 2005.

RHB Bank Bhd dalam satu kenyataan berkata Ahmad Badri dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif dan timbalan pengerusinya pada 16 Nov, 2020.

Beliau sebelum ini merupakan ahli lembaga pengarah Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Permodalan Nasional Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.

Beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam Kementerian Kewangan selama hampir 30 tahun, dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, kata bank itu.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, Ahmad Badri membawa perspektif baharu serta pelbagai pengetahuan dan pengalaman luasnya kepada kumpulan itu.

“Kami mengharapkan kepada kepimpinan dan kebijaksanaan beliau ketika kami terus berdepan cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19 dan menyasarkan pertumbuhan berterusan,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat