Pasar Dato Keramat: 46 Peniaga Terjejas Akan Terima Tapak Baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembinaan semula Pasar Dato Keramat yang menjejaskan 46 peniaga akan dimulakan sebaik aktiviti meroboh dan membersihkan premis dilakukan dalam tempoh terdekat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, pembinaan semula itu akan melibatkan kerja pembaharuan sistem perparitan, pengudaraan dan fasiliiti lebih selesa.

Beliau yang mengadakan perjumpaan dengan penjaja Pasar Dato Keramat pada Rabu turut meminta cadangan peniaga jika ada sebarang penambahbaikan yang boleh diambil.

Arahan pembersihan tapak pasar itu dikeluarkan serta merta dan ia mungkin memakan masa dalam masa dua minggu.

Bagi peniaga yang berhasrat untuk berniaga menjelang bulan Ramadan, Annuar mencadangkan untuk memasang khemah besar di sekitar tapak Pasar Dato Keramat mengikut petak yang disediakan.

Tapak khemah yang akan digunakan adalah 10X10 kaki, dan bakal memanfaatkan seramai 24 peniaga – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat