JAINJ Mungkin Jadi Pemerhati Dalam Prosiding Rayuan Isu Kalimah Allah

- Advertisement -

KULAI: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkemungkinan besar akan menjadi pemerhati dalam rayuan kerajaan Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata tindakan itu dilakukan sebagai menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu itu.

“Isu ini telah dibawa dalam Jabatan Fatwa Negeri Johor dan kita sedang menunggu proses rayuan berhubung isu itu daripada kerajaan Persekutuan.

“Kemungkinan besar JAINJ akan menjadi pemerhati dalam prosiding, yang akan diketuai Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad,” katanya dalam sidang media selepas Program Bantuan Amal Jariah Perbadanan Islam Johor (PIJ) di Felda Taib Andak, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya kerajaan negeri bersedia membantu kerajaan Persekutuan dalam menyokong rayuannya berhubung isu itu seperti yang dititahkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini.

Tosrin dalam masa sama berkata, Majlis Agama Islam Negeri Johor bersedia membantu mana-mana pihak dalam mencari formula dan keputusan terbaik berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pada Khamis lalu, Sultan Ibrahim menitahkan agar Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengambil tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu penggunaah kalimah Allah itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lepas memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat, dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 15 Mac lepas.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat