Presiden dan Timbalan Presiden PAS sah hadir PAU2020

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden dan Timbalan Presiden PAS mengesahkan kehadiran Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020.

Pengesahan hadir ini dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Presiden PAS dan saya telah menerima jemputan untuk menghadiri Persidangan Agung UMNO pada 28 Mac ini.

“InsyaAllah, akan hadir. Semoga penyatuan ummah yang menjadi teras Muafakat Nasional (MN) akan terus diperkukuhkan,” katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa parti itu telah menghantar surat undangan kepada Hadi dan Tuan Ibrahim pada 3 Mac lalu.

Ia bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah dua hari sebelumnya bahawa dia tidak mempunyai maklumat mengenai jemputan partinya ke perhimpunan berkenaan.

Perkara ini menimbulkan desas-desus pemerhati politik terhadap status terkini hubungan di antara kedua-dua parti yang membentuk MN itu.

Ia khususnya selepas UMNO memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke-15, manakala PAS dilihat lebih mesra dan selesa bersama parti itu dan menjadi sebahagian daripada komponen Perikatan Nasional (PN).

Terbaru, UMNO Kelantan meminta PAS negeri itu membuat keputusan jelas sama ada mahu bekerjasama dengan Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Setiausaha UMNO Kelantan Akbar Salim berkata, usul itu dipersetujui 12 daripada 13 ketua Umno bahagian di negeri itu. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat