Mesin Meletup, Operator Kilang Nyaris Cedera

- Advertisement -

PASIR GUDANG: Seorang operator kilang nyaris cedera dalam kejadian letupan mesin di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung, Pasir Gudang pada pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata kejadian kira-kira jam 8 pagi itu hanya melibatkan operator kilang itu yang berada di kawasan tersebut.

Sejurus laporan, dua jentera FRT, satu jentera EMRS dan satu kenderaan utiliti dari BBP Pasir Gudang bersama satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Johor Jaya dengan kekuatan 26 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati letupan itu melibatkan satu unit mesin ‘spray tower’ yang berada di tingkat empat bangunan kilang.
“Kesan letupan mengakibatkan kemusnahan 10 peratus pada mesin kilang sahaja.

“Bomba kemudian bertindak memastikan tiada punca api dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau bagaimanapun berkata, letupan itu tidak melibatkan struktur.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.31 pagi, manakala punca letupan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” kata beliau – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat