COVID-19: Peningkatan Mendadak Kes, India Gantung Sementara Eksport Vaksin AstraZeneca

NEW DELHI: India laksana penggantungan eksport vaksin AstraZeneca yang dihasilkan oleh Serum Institute of India (SII).

Menurut kementerian luar, penggantungan sementara itu susulan jangkaan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Ini bermakna India terpaksa menumpukan kepada permintaan domestik vaksin terlebih dahulu.

Langkah penggantungan sementara itu dijangka akan menjejaskan rantaian bekalan sehingga hujung April.

Ia dijangka turut menjejaskan penghantaran vaksin bagi 190 negara di bawah inisiatif COVAX.

Program itu yang dinaungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyasarkan pengedaran vaksin sama rata di semua negara.

SII merupakan pengeluar vaksin terbesar India.

Sebelum ini, ia sudah menunda penghantaran vaksin buat beberapa negara termasuk United Kingdom dan Brazil. Keputusan ini diambil susulan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19.

Pada Rabu, India mencatat 47,000 kes baharu dengan 275 kematian harian.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Bekalan Oksigen Bertahan 72 Jam, Operasi Cari Kapal Selam Indonesia Dipergiat

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) krew kapal selam KRI Nanggala 402 yang dipercayai hilang dan kandas di perairan Bali, terus dipergiat...

Kapal Selam Indonesia Hilang Di Perairan Utara Bali

JAKARTA – Kapal selam milik Angkatan Laut Indonesia (TNI) yang membawa 53 anak kapal disahkan hilang di perairan sekitar 60 batu di utara Bali,...

Suntikan vaksin Pfizer mungkin perlu dos ketiga

WASHINGTON: Suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi. Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk melawan...