Mayat reput tepi landasan kereta api


IPOH:
 Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan hampir reput di kawasan semak berdekatan landasan kereta api di Batu 186.50 antara Ipoh-Lahat, di sini, pada Rabu.

Penemuan mayat dikenali sebagai Khairuddin Saidi, 62, beralamat dari Petaling Jaya, Selangor itu disedari pengawal keselamatan taman perumahan berhampiran pada jam 12.32 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mayat mangsa ditemui masih berpakaian dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati barangan peribadi masih bersama mangsa.

“Hasil siasatan anggota forensik menjumpai kesan luka di belakang kepala sebelah kanan dan belakang badan sebelah kiri mangsa.

“Bagaimanapun tiada sebarang senjata ditemui di sekitar tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata mangsa berkemungkinan terjatuh di kawasan itu dan berdasarkan keadaan mayat, disyaki telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat yang dijadualkan esok pagi (Khamis),” katanya.

 

 

_awani_

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...

Jangkitan Baru Covid-19 Di Kelantan Atasi Selangor, Sarawak

PUTRAJAYA - Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 iaitu 2,875 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,541 kes. Sebanyak 13 kluster...