Salahkan Tun Mahathir, Mukhriz bidas Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas kenyataan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh turut dipersalahkan atas pengkhianatan kerajaan Pakatan Harapan.

Mukhriz berkata, perjuangan politik bapanya itu adalah atas dasar pembangunan negara dan memerangi ketidakadilan.

“Saya menyanggah sekeras-kerasnya kenyataan beliau yang menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan penyertaan ahli-ahli Parlimen dari UMNO ke dalam Bersatu dan akibatnya, kerajaan Pakatan Harapan yang sah dan mendapat mandat rakyat telah dikhianati.

“Hakikat yang tidak boleh disangkal ialah di sebalik pelbagai rintangan, Pakatan Harapan yang diterajui Tun Mahathir menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kepimpinan beliaulah yang menyatukan semua pengundi yang sudah jelak dengan kleptokrasi Najib Razak. Yang lebih ketara bila ramai pengundi Melayu yang lazimnya mengundi UMNO kali ini memilih pimpinan Tun Mahathir.

“Saya mengutuk segala anggapan atau tuduhan bahawa Mahathir pada bila-bila masa, melakukan kesalahan atau bertindak tidak beretika, termasuk ketika Ahli Parlimen Umno bergabung dengan PPBM dan Pakatan Harapan,” katanya dalam catatan Facebook peribadinya hari ini.

Mukhriz juga mempersoalkan bagaimana Ahli Parlimen Setiawangsa itu bangga dalam mempromosikan kejayaan PH dan hanya meletakkan kegagalan kepada perdana menteri ketika itu.

“Tetapi pada masa yang sama, anda mengatakan PH mencapai banyak kejayaan pada waktu yang singkat, dalam tempoh 22 bulan, dengan berpandukan kepada aspirasi dan hala tuju yang terkandung dalam Buku Harapan. Yang mana satu (yang betul)?

“Adakah anda bermaksud bahawa walaupun kepimpinan Tun Mahathir dikatakan pincang, kerajaan sebelum ini berjaya melaksanakan tanggungjawabnya, dan kegagalan semuanya disebabkan oleh Mahathir seorang?” katanya.

Mukhriz yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun merujuk kepada laporan The Malaysian Insight Sabtu lalu yang menyebut Nik Nazmi mendakwa PN dan PPBM belajar bagaimana untuk ‘memikat’ ahli politik selepas melihat bagaimana Tun Mahathir melakukan perkara yang sama ketika beliau memimpin PH.

Beliau merujuk kepada bagaimana beberapa Ahli Parlimen keluar dari Umno selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018, sebelum akhirnya bergabung dengan PPBM.

_awani_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat