Zahid, Ku Li, Najib tegas ikut suara akar umbi UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malam tadi berlangsung satu pertemuan pimpinan tertinggi UMNO/Barisan Nasional (BN) antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Banyak perkara pokok dibincangkan dan antara yang paling utama ialah suara akar umbi UMNO.

Dalam hantaran Facebook Najib, beliau mencatat, apa yang diputuskan oleh akar umbi, UMNO mesti tegas mendengar dan melaksanakan amanah akar umbi tanpa sebarang kompromi.

“Selain itu, berhubung Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Ia dianggap platform terbaik untuk memperkukuhkan parti dan meneruskan kesinambungan solidariti di kalangan ahli serta pimpinan pelbagai peringkat.

“Bahkan PAU 2020 disifatkan sebagai jalan terbaik untuk memperkemaskan formula bagaimana UMNO terus bergerak ke depan mendepani cabaran,” katanya mengulas pertemuan yang berlangsung di kediaman Tengku Razaleigh.

Muafakat Nasional (MN) juga menjadi inti pati utama perbincangan ketiga-tiga pimpinan utama berkenaan.

Kata Najib mereka bertiga memutuskan status MN bergantung kepada senario semasa dan sebarang keputusan yang diambil mestilah berpaksikan kepada suara UMNO.

“Manakala mengenai ekonomi negara, memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu memberi impak kepada negara.

” Keputusan IBM akan menutup Pusat Penyampaian Global di Cyberjaya pada 31 Mei ini adalah satu bukti nyata bagaimana keadaan ekonomi negara sekali gus memberi kesan yang menyeluruh.

” Begitu juga soal hutang negara yang melebihi 60 peratus daripada KDNK. Nisbah hutang negara kepada KDNK sudah naik ke 62.2 peratus pada akhir tahun 2020.

Tapi pada masa yang sama kerajaan memberitahu bahawa nisbah 62.2 peratus tidak menyalahi had 60 peratus yang ditetapkan,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat